MMAG Holdings Berhad mengumumkan peletakan jawatan Dato’ Seri Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi syarikat itu, berkuat kuasa 2 Januari 2026, selepas beliau turut melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya dalam kumpulan berkenaan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMAG memaklumkan Farhash meletakkan jawatan sebagai pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif bagi memberi tumpuan kepada komitmen peribadi. Syarikat turut menyatakan tiada sebarang pertikaian dengan lembaga pengarah dan tiada perkara material yang perlu dibawa kepada perhatian pemegang saham.
Pada masa sama, Farhash juga menjual kesemua 462 juta saham MMAG yang dipegangnya pada 31 Disember 2025, sekali gus menyebabkan beliau tidak lagi menjadi pemegang saham besar syarikat tersebut. Pelupusan saham itu dibuat pada harga 18.9 sen sesaham, menurut notis perubahan kepentingan dan notis pemberhentian sebagai pemegang saham substantif di bawah Seksyen 139 Akta Syarikat 2016.

Pegangan saham berkenaan didaftarkan atas nama Velocity Capital Sdn Bhd, yang diklasifikasikan sebagai kepentingan langsung. Selepas transaksi tersebut, Farhash tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam MMAG.
Notis berkaitan perubahan kepentingan dan pemberhentian sebagai pemegang saham besar itu diterima oleh MMAG pada 5 Januari 2026 dan diumumkan pada hari yang sama.
MMAG Holdings sebelum ini dikuasai oleh Mafia Korporat Victor Chin Boon Long, Madam Chan Swee Ying (isteri) dan Dato’ Fam Chee Way atau Dato’ Ben (Velocity Capital Partner Bhd -dulu CSH Alliance Bhd). Victor Chin berjaya menguasai NexG Bhd dan menjadikan Tan Sri Mohd Khairul Adib (Bekas Pengerusi MMAG) sebagai Pemegang Saham terbesar NexG Bhd dan Timbalan Pengerusi.

Selepas Victor Chin lari keluar dan orang kanannya disiasat PDRM, Mohd Khairul Adib kemudiannya meletakkan di NexG Bhd.

Dari akhir Oktober hingga awal November 2025, saham MMAG menyaksikan kejatuhan mendadak — daripada 57 sen pada 29 Oktober kepada 8.5 sen pada 7 November. Kejatuhan itu mencetuskan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada pengawal selia bursa ketika itu.
Kedudukan pemegang saham MMAG terbaru selepas peletakan jawatan dan pelupusan saham MMAG Holdings baharu.

